
FARAH FADZIL merupakan hos dan emcee profesional yang berpengalaman dalam bidang pengacaraan melebihi 12 tahun.
Pernah menjadi pengacara / hos TV ONLINE LINKTU Malaysia dan dikenali sebagai VJ Farah HOLA HOLA di kalangan penonton dan pendengar setianya serta merupakan pengacara rasmi untuk kerajaan Negeri Pahang.
Berpendidikan dalam bidang Sarjana Muda Pengurusan Dengan Kepujian dari Universiti Terbuka Malaysia ( OUM ).
Certified Professional HOST (CPH 021)
Akademi Magnet Sukses
Certified Master of Ceremonies
iCareer360
Certified Professional Emcee
Neuronworks International
Certified Prestige Emcee
UTM Skudai, Johor
Certified Emcee & Public Speaking
Akademi Pengacara Malaysia
Certified Mastery in Science of Mind Power
Positive Mind Resources
Beliau pernah mengikuti Train The Trainer : Super Image Consultant (TTT) di Cute Carry Sdn. Bhd.
Pernah menjadi model secara sambilan dan menggayakan tudung dan pakaian beberapa butik untuk rancangan siaran RTM, TV3 dan TV9 serta terbitan majalah Stailista.

Kini, beliau menceburkan diri dalam bidang latihan dan rundingan untuk agensi kerajaan, syarikat-syarikat korporat, swasta, pusat pengajian tinggi dan perseorangan. Kepakaran beliau adalah dalam bidang pengacaraan, pengendalian majlis, pengucapan awam, terapi minda, aura dan warna, pengurusan imej professional, etiket sosial dan protokol, etiket bisnes dan korporat, transformasi pengurusan pelanggan profesional dan etiket serta kemahiran berkomunikasi organisasi dan pusat pengajian tinggi.
Berpandukan pada falsafah, “Colors Your Life”, beliau sangat teruja untuk memberi semangat, melatih dan mentransformasikan wanita dan lelaki dan mewujudkan individu yang berpersonaliti dan imej berkualiti di kalangan mereka untuk lebih yakin dalam berpenampilan dan bergaya tanpa mengabaikan syariat Islam.
Teknik pembelajaran yang interaktif, multimedia, seronok dan menghiburkan serta interaksi bersama peserta iaitu suasana dua hala, informatif dan tidak membosankan sangat dititikberatkan untuk kualiti dan keunikan dalam setiap program yang dijayakan. Beliau memberi pendekatan yang praktikal, santai dan bersahaja, namun mempunyai tarikan dan bertenaga dalam setiap penyampaian dan pembentangan.
Bagi FARAH FADZIL, semangat dan aura diri yang positif dapat meningkatkan keyakinan diri dan mempengaruhi kejayaan seseorang dalam setiap perkara yang dilakukan. Ia adalah satu kepuasan yang tidak terhingga apabila tunjuk ajar dan perkongsian yang diaplikasikan dalam dunia warna dan pesonanya dapat membina imej dan personaliti individu serta menambah nilai kehidupan setiap insan.


- IMEJ / KETERAMPILAN DIRI ABCD (Appearance, Behaviour, Communication, Development)
- PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL
- PENGUCAPAN AWAM DAN PENGACARAAN
- KOMUNIKASI BERKESAN
- BAHASA BADAN DAN ‘NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING’ (NLP)
- PENGURUSAN PELANGGAN
- DAYA TARIKAN (Law of Attraction – LOA)
- PENGURUSAN TEKANAN (Stress ) DAN MASA
- KECANTIKAN DAN SOLEKAN (Beauty and Make Up)
- LILITAN TUDUNG / HIJAB STYLING


















